Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat

Kajian perbandingan media baharu, politik dan penglibatan rakyat

Click here for English

 

Dibiayai oleh:

Arkib Berita

 

Simposium Antarabangsa Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat, 24 Julai 2009

8 Ogos 2009

Simposium Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat telah diadakan di Brisbane di the Queensland Conservatorium of Music pada 24 Julai 2009 dihadapan sekumpulan pelajar, wartawan, dan pemerhati yang berminat. Penceramah jemputan semasa majlis tersebut adalah:

Sepanjang hari, penceramah memberi pandangan peribadi tentang pengalaman mereka sendiri dan penggunaan media baharu di Australia dan Malaysia. Hadirin mendapat kesempatan yang unik untuk bertanyakan soalan secara terus kepada penceramah dan mendapat manfaat dari pengetahuan dan perspektif yang pelbagai. Semasa waktu makan tengahari, para hadirin dan pencermah jemputan berkesempatan bertemu dan berbincang dengan lebih lanjut.

“Salah satu daripada elemen yang sangat berharga dari Majlis ini adalah peluang untuk empat orang penceramah jemputan dari Malaysia dan penceramah jemputan dari Australia untuk bertukar-tukar pengalaman dan pendapat. Saya juga merasakan ianya adalah suatu majlis yang julung kali berlaku apabila empat penceramah kami dari Malaysia dapat bersama dan berkongsi pendapat mereka sendiri antara satu sama lain – sesuatu yang barangkali tidak dapat mereka lakukan dalam kehidupan mereka seharian,” komen Shona Leppanen-Gibson, salah seorang ahli kumpulan projek.

Simposium tersebut adalah kemucak kepada projek kajian yang dijalankan oleh Paradigm Infinitum, yang telah dibiayai sepenuhnya oleh Australia-Malaysia Institute. Pembiayaan untuk projek ini juga datang dari Air Asia X, yang telah menyediakan tiket penerbangan untuk penceramah jemputan dan ahli kumpulan projek kami, dan Griffith University, yang telah menyediakan sokongan tempat dan logistik. Sebagai sebahagian daripada kajian projek ini, ahli kumpulan projek menjalankan siri wawancara di Malaysia, termasuk wawancara bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, blogger terkenal Rocky Bru dan ahli politik pembangkang dan blogger Jeff Ooi.

Ahli kumpulan projek kini sedang mengumpul kertas kajian mereka, juga sedang menyediakan wawancara kajian yang dijalankan di Malaysia dan ucapan-ucapan semasa Simposium untuk di hoskan di laman web projek ini.

Gambar : Mohd Zulkifli (Zul) sedang menerangkan strategi atas talian Alt Media kepada hadirin
Gambar : Ahli kumpulan projek Paradigm Infinitium bersama penceramah jemputan (dari kiri) Shona Leppanen-Gibson, Citizen Nades, Datuk Seri Azman Ujang, Kiong Chan, Steven Gan, Mohd Zulkifli, Raj Thanarajah, dan Graham Young.

 

Sepuluh Wawancara disempurnakan dan Lima Jemputan Antarabangsa Sahkan Kehadiran : Terkini tentang Simposium Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat

6 Julai 2009

Ahli kumpulan projek Paradigm Infinitum untuk “Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat” telah selesai menjalankan sepuluh wawancara berprofil tinggi di Malaysia. Kajian ini akan menyelidiki pengaruh Internet dan media baharu keatas proses politik di Australia dan Malaysia. Projek ini dibiayai oleh The Australia-Malaysia Institute, sebuah badan kerajaan Australia dibawah Department of Foreign Affairs and Trade.

Sebagai sebahagian daripada projek ini, satu Simposium Antarabangsa juga akan dihoskan di Brisbane, pada 24 Julai 2009. Simposium ini akan melibatkan jemputan khas R.Nadeswaran, seorang wartawan terkenal dan blogger, Steven Gan, pengasas bersama dan ketua pengarang di Malaysiakini, Tian Chua, Ahli Parlimen dan blogger, Graham Young, Ketua Pengarang dan penerbit Online Opinion, bekas Naib Presiden Parti Liberal, Datuk Azman Ujang, Pengarah Berjaya Media Berhad dan pakar media baharu dari Media Prima Berhad.

“Sejak dua minggu yang lalu kami telah mewawancara individu dari dunia politik, media dan dunia korporat. Menariknya, hampir semua yang kami wawancara adalah seorang blogger, yang menunjukkan pengaruh media baharu yang kuat keatas masyarakat Malaysia secara umumnya,” Kata Shona Leppanen-Gibson.

Mereka yang diwawancara ialah:

Paradigm Infinitum memiliki laman web projek untuk menghoskan wawancara, transkrip, maklumat dan gambar dari symposium tersebut dan laporan akhir www.paradigminfinitum.com/NMIC.

Untuk maklumat lanjut tentang Simposium, klik disini.

Gambar dari kiri : Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda UMNO sedang di wawancara oleh Shona Leppanen-Gibson, Kiong Chan dan Vicknaraj Thanarajah (Raj) di Parlimen.
   
Gambar dari kiri : Vicknaraj Thanarajah (Raj), Rocky Bru, blogger terkenal dan wartawan, Shona Leppanen-Gibson, dan Kiong Chan

 

Peluang Keemasan Kumpulan Queensland dalam wawancara bersama Ikon Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

24 Jun 2009

Sekumpulan pengkaji dari Queensland mendapat peluang keemasan untuk mewawancara Ikon Malaysia, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kumpulan yang berasal dari sebuah firma yang berpusat di Brisbane, Paradigm Infinitium sedang menjalankan kajian untuk projek ‘ Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat’, sebuah kajian tentang pengaruh Internet dan media baharu keatas proses politik di Australia dan Malaysia. Projek ini dibiayai oleh the Australia-Malaysia Institute, satu badan Kerajaan Australian, dibawah Department of Foreign Affairs and Trade.

Peluang untuk mewawancara Tun Dr. Mahathir adalah amat bermakna untuk ahli kumulan projek, kerana pengaruh besar dan kepimpinan beliau keatas Malaysia selama berdekad, juga kerana minat beliau terhadap media baharu, menyumbangkan kepada umum pendapat beliau melalui blognya “Chedet”. ( www.chedet.cc ) Tun Dr. Mahathir sangat memikat dan komen beliau yang mendalam dan ikhlas, menambahkan perspektif yang sangat menarik kepada projek ini. Menariknya, beliau berkata bahawa beliau melihat wawancara ini sebagai suatu peluang untuk memperbetulkan “persepsi negatif rakyat Australia terhadap saya.”

Kesemua ahli kumpulan projek, Kiong Chan, Shona Leppanen-Gibson, dan Vicknaraj (Raj) Thanarajah, terpukul degan respon beliau yang tajam, ringkas dan perseptif. “Beliau nyata tidak kehilangan karisma dan kebijaksanaannya,” komen Shona Leppanen-Gibson.

“Ia adalah suatu penghormatan dan adalah satu keistimewaan untuk bertemu dengan Tun. Oleh kerana saya membesar di Malaysia ketika zaman pemerintahan Tun sebagai Perdana Menteri, saya akui saya amat gementar, tetapi beliau sangat ramah dan sangat pemurah dengan masa dan pendapatnya, saya terus berasa tenang” kata Raj Thanarajah.

“Mewawancara Tun Dr. Mahathir sememangnya satu peluang yang jarang didapati. Sumbangan dan tinggalan beliau untuk masyarakat Malaysia adalah satu lagenda dan saya sendiri masih kagum yang kami diberi keistimewaan ini,” kata Kiong Chan.

Sebagai sebahagian daripada projek ini, ahli kumpulan ini akan menghoskan sebuah symposium antarabangsa di Brisbane pada 24 Julai. Dengan para jemputan khas dari Malaysia termasuk wartawan antarabangsa terkenal R.Nadeswaran, dan Steven Gan, pengasas dan ketua pengarang bagi sumber berita atas talian utama di Malaysia, Malaysiakini, simposium ini akan mengkaji isu kebebasan bersuara, polisi kerajaan, penapisan, capaian kepada media baharu dan hubung-kaitan antara politik dan media baharu.

Wawancara bersama Tun Dr. Mahathir (yang telah disunting)dan juga transkripnya boleh didapati di laman web projek ini tidak lama lagi.

Gambar dari Kiri : Vicknaraj Thanarajah, Tun Dr Mahathir Mohamad, Shona Leppanen-Gibson dan Kiong Chan di the Perdana Foundation, Putrajaya, Malaysia

Paradigm Infinitium memenangi DFAT Grant untuk Projek Media Baharu

18 Mei 2009

Paradigm Infinitum telah berjaya dalam percubaannya untuk mendapatkan keizinan dari the Australia-Malaysia Institute, sebuah unit dibawah Department of Foreign Affairs and Trade. Keizinan tersebut akan membiayai projek kajian yang bertajuk “Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat: Sebuah Kajian Perbandingan di Malaysia dan Australia”. Projek ini terdiri dari kertas kajian, kewujudan web yang berterusan dan symposium yang dijadualkan pada Jumaat, 24 Julai 2009, yang akan diadakan di Brisbane.

Projek ini adalah hasil inspirasi daripada pemerhatian dan petikan bukti tentang pengaruh media baharu terutamanya semasa Pilihanraya Umum ke-12 Malaysia yang diadakan pada tahun 2008. “Pengaruh media baharu keatas spektrum politik adalah suatu fenomena barudan boleh dilihat dalam pilihanraya diseluruh dunia. Tetapi evolusi dan integrasi media atas talian dalan proses politik di Malaysia boleh dilihat sebagai lebih maju berbanding apa yang kami alami dalam konteks rakyat Australia. Jadi, kami ingin mengkaji isu ini dari sudut sosio-budaya, perundangaan dan perspektif politik, dan terutamanya menyandingkan konteks lingkungan politik rakyat Malaysia kepada rakyat Australia,” kata Shona Leppanen-Gibson.

Kumpulan projek ini, terdiri daripada Shona Leppanen-Gibson, Kiong Chan, dan Vicknaraj Thanarajah (Raj) juga akan terbang ke Malaysia untuk menjalankan wawancara dengan pemimpin parti politik, penggubal polisi, komentator terkenal dan pengguna Internet. Selain sokongan dari the Australia-Malaysia Institute, Paradigm Infinitium juga akan bergabung tenaga dengan Griffith University.

Jemputan yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke symposium tersebut termasuklah Steven Gan, pengasas dan pengarang Malaysiakini, sumber berita atas talian utama di Malaysia, R.Nadeswawan, atau lebih dikenali sebagai “Citizen Nades”, wartawan penyiasat terkenal dan blogger, dan Graham Young, ketua pengarang dan penerbit Online Opinion.

Ikuti maklumat terkini disini, atau hubungi Paradigm Infinitium untuk berita terkini.

| Kumpulan Projek | Hubungi Kami | ©2010 Paradigm Infinitum