Berita
Berita Terkini : Pelancaran Laman Web Versi Bahasa Melayu, 26 Julai 2010
Laman Web Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat kini boleh di dapati dalam versi Bahasa Melayu yang berfungsi sepenuhnya seperti versi Bahasa Inggeris dan juga di hoskan di laman web Paradigm Infinitum.
"Pelancaran laman web ini dalam versi Bahasa Melayu adalah satu langkah penting dalam projek ini. Kami sangat senang apabila salah satu aspek daripada ringkasan projek ini akhirnya selesai. Kami menantikan pengeluaran versi akhir laporan ini, tidak lama lagi.” Kata Shona Leppanen-Gibson, ajli kumpulan projek dan Pengurus Bedar Paradigm Infinitium.
Penterjemahan dan khidmat nasihat keatas laman web ini dilakukan di Malaysia oleh Puan Liza Masrina Ibrahim, seorang yang multi-lingual dan mampu bertutur dengan fasih dalam beberapa bahasa. Tidak berapa lama selepas beliau menerima tugasan untuk menterjemahkan laman web ini, beliau cedera parah kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya. Walaupun mengalami kesukaran, Liza masih menyempurnakan tugas penterjemahan dengan cepat. Liza juga kini sedang menyiapkan penterjemahan laporan akhir kepada Bahasa Melayu.
“Kami sangat bimbang dengan keadaan Liza selepas kemalangan itu, dan kami benar-benar menjangkakan beliau akan menangguhkan tugasan penterjemahan itu dehingga beliau sembuh dari kecederaan. Namun, beliau terus menyiapkan terjemahan itu untuk kami, walaupun semasa beliau masih berada di wad hospital. Beliau sememangnya mengatasi jangkaan kami dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap projek ini, dan oleh itu, kami sangat menghargainya,” kata Shona.
Rakaman Video Terkin
Mewawancara YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau dan Presiden Pemuda UMNO
Peristiwa
21 Julai 2010 - Pelancaran Bahasa Melayu Versi ‘Media Baharu dan Rakyat Bermaklamut’
20 Mei 2010 - Pelancaran Mewawancara YB Khairy Jamaluddin Video: YouTube
18 Mei 2010 - Pelancaran Mewawancara Tun Dr Mahathir Mohamad Video: YouTube
Klik di sini untuk senarai lengkap peristiwa.
Arkib Berita
8 Ogos 2009 - Simposium Antarabangsa Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat, 24 Julai 2009
18 Mei 2009 - Paradigm Infinitium memenangi DFAT Grant untuk Projek Media Baharu



