Penyumbang
Penghargaan ini kami rakamkan buat beberapa penyumbang utama yang membantu menjayakan projek ‘Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat’. Tanpa bantuan dan sokongan padu yang telah mereka berikan, tugasan yang perlu dilakukan akan menjadi bertambah sukar.
![]() |
Penghargaan yang paling utama tentulah kepada Australia-Malaysia Institute dan Department of Foreign Affairs and Tradekerana telah menyediakan pembiayaan pemulaan dan memberi inspirasi kepada kumpulan projek kami untuk meneruskan topik ini.
![]() |
Penghargaan kepada Air Asia yang telah menunjukkan minat dan sokongan untuk projek ini dengan menyediakan penerbangan khas buat tetamu jemputan antarabangsa dan kumpulan projek kami semasa mereka menjalankan sessi temuramah di Malaysia.
![]() |
Griffith University yang telah dengan bermurah hati menyediakan tempat untuk Simposium ‘Media Baharu dan Raykat Bermaklumat ’ di the Ian Hanger Recital Hall, Queensland Conservatorium of Music, South Brisbane, dan juga sokongan lain dari segi logistik, termasuklah fotografi dan rakaman semasa simposium itu berlangsung. Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial telah menjadi penyokong utama dalam memperkenalkan projek ini didalam universiti serta memberi bimbingan dan maklumbalas keatas projek ini. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Dr. Cathy Jenkins, Deputy Dean (Learning and Teaching) atas segala sumbangan, minat yang ditunjukkan serta sokongan beliau terhadap projek dan simposium ini.
Sinister Art yang telah menyediakan rekaan grafik dan khidmat nasihat tapak web.
Mark Dass dari Definitive Solutions Network, ahli kumpulan ke-empat dari kumpulan wawancara, kerana menyediakan kerja-kerja audio di semua lokasi wawancara yang diadakan di Malaysia, dan juga membantu dimana perlu untuk meringankan beban kumpulan projek ini. Kami amat terhutang budi kepada Mark atas sokongan beliau yang luarbiasa, perhatian yang terperinci dan profesionalisme beliau terhadap setiap aspek projek yang melibatkan beliau.
Akhir sekali, penghargaan ikhlas kami buat Liza Masrina binti Ibrahim kerana tugas beliau dalam penterjemajan projek 'Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat' kepada Bahasa Melayu. Tugas beliau dalam projek ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nasihat dan perundingan untuk laman web versi Bahasa Melayu, penterjemahan laman web kepada Bahasa Melayu dan penterjemahan lengkap laporan projek kepada Bahasa Melayu. Kebanyakan tugasan ini dilakukan semasa beliau sedang berehat untuk sembuh dari kecederaan yang dihadapi dalam satu kemalangan jalanraya; meskipun berhadapan dengan keadaan itu, beliau menyiapkan projek ini dengan teliti dan segera dan kerana itu kami amat menghargainya.



