Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat

Kajian perbandingan media baharu, politik dan penglibatan rakyat

Click here for English

Dibiayai oleh:

Gambaran Keseluruhan Projek

‘Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat’ adalah satu kajian perbandingan tentang penggunaan media baharu dan kesannya ke atas sistem politik di Malaysia dan Australia. Terdapat tiga bahagian didalam projek tersebut – kertas kajian, laman web dan simposium antarabangsa yang telah diadakan di Brisbane pada bulan Julai. Projek ini dibiayai oleh ‘the Australia-Malaysia Institute’, sebuah unit dibawah ‘the Department of Foreign Affairs and Trade, Australia’ dan dipertanggungjawabkan kepada Paradigm Infintium, sebuah firma perundingan dan latihan di Australia.

Dalam melaksanakan projek, ahli projek akan ke Malaysia untuk menemuramah ahli-ahli politik, penggubal polisi, pegawai rasmi kerajaan, wartawan dan blogger untuk mendapatkan pandangan mereka tentang bagaimana media baharu telah mempengaruhi proses demokrasi di Malaysia.

Hasil projek ini dijadualkan seperti berikut:

Paradigm Infinitum

Paradigm Infinitum adalah sebuah firma perundingan di Australia yang menyediakan proses penyelesaian perniagaan, perkembangan institusi dan penglibatan perniagaan antarabangsa dengan menawarkan khidmat perundingan, latihan dan kontrak.

Kami membantu organisasi merangka kedudukan mereka untuk berdaya saing dan membentuk strategi pemasaran dengan membantu pelanggan kami memperkembangkan kefahaman yang baik tentang bagaimana untuk menjalankan perniagaan di Asia dan Australia melalui analisis ‘contextual’ sosio-budaya, peraturan, ekonomi, politik dan faktor teknologi. Mempunyai fahaman yang mendalam tentang strategi dan keadaan politik ditambah pula dengan rangkaian hubungan perniagaan dan kerajaan yang luas menyebabkan Paradigm Infinitium mampu membantu organisasi dengan penglibatan perniagaan dan kerajaan di Asia dan Australia.

Perusahaan ini mengumpulkan golongan professional yang mempunyai pendedahan dan pengalaman yang mendalam dan pelbagai di Australia, Afrika, Asia, Amerika Syarikat dan Eropah di bidang industri yang meluas termasuklah, pembuatan, makanan, tekstil, kerajaan, perkembangan antarabangsa, servis professional dan teknologi.

Kebolehan utama kami merangkumi perundingan, latihan dan khidmat nasihat didalam bidang berikut:

Paradigm Infinitum
320 Adelaide Street
BRISBANE QLD 4000
Tel: +61 438 750 899 // + 61 419 008 378
Website: www.paradigminfinitum.com
e-mail: info@paradigminfinitum.com

The Australia-Malaysia Institute

The Australia-Malaysia Institute (AMI)’ adalah sebuah institusi yang diuruskan oleh Kerajaan Australia melalui ‘the Department of Foreign Affairs and Trade’. Ditubuhkan pada tahun 2005, AMI berhasrat untuk memupuk minat Australia terhadap Malaysia. AMI membiayai projek seperti ‘Media Baharu dan Rakyat Berpengetahuan’ untuk meningkatkan persefahaman bersama diantara Rakyat Australia dan Malaysia atas dasar orang - perseorangan dan juga yang bersifat yayasan atau istitusi. Pada masa kini Media adalah bahagian penting untuk AMI dan projek seperti ini diharapa akan dapat membantu menggalakkan kaitan/hubungan profesioanl diantara raykat Australia dan Malaysia di dalam industri Media.

Australia-Malaysia Institute Secretariat
South East Asia Division
Department of Foreign Affairs and Trade
RG Casey Building
John McEwen Crescent
BARTON  ACT  0221
Tel +61 2 6261 3202
Fax +61 2 6261 2342
Website: www.dfat.gov.au/ami
e-mail: ausmalaysia.institute@dfat.gov.au 

 

| Kumpulan Projek | Hubungi Kami | ©2010 Paradigm Infinitum