Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat

Kajian perbandingan media baharu, politik dan penglibatan rakyat

Click here for English

 

Dibiayai oleh:

 

Laporan

Tujuan projek ‘Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat’ ini adalah untuk memahami, menganalisis dan membandingkan kesan media baharu keatas suasana politik dan terhadap peranan yang dimainkan oleh rakyat dalam politik di Australia dan Malaysia. Media arus perdana diseluruh dunia telah mengalihkan pendapat dan perhatian mereka kepada media baharu beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya aplikasi jaringan sosial dan laman seperti YouTube, Facebook dan Twitter. Peristiwa politik terbaru dari negara terdesak seperti Iran dan Amerika Syarikat memperlihatkan media baharu memainkan peranan penting dalam menghubungkan peserta dan menyebarkan maklumat.

Pilihanraya Persekutuan Australai pada tahun 2007 dan Pilihanraya Umum Malaysia pada tahun 2008 melihat penggunaan teknik media baharu seperti blog, berita atas talian (online), pindah catat (postings) YouTube, dan jaringan laman sosial oleh ahli politik, pengulas dan pengundi. Aliran ini seakan sama dengan apa yang dilihat diseluruh dunia tetapi terdapat perbezaan yang nyata diantara bagaimana teknik ini bekerja dalam konteks rakyat Australia dan dalam konteks rakyat Malaysia dan permainan politik dan media baharu dalam keduanya. Di Malaysia, media baharu telah dirasai oleh ramai pengulas sebagai memainkan peranan penting dalam mengubah/mengalih pendapat umum dan menyediakan sumber maklumat alternatif semasa Pilihanraya Umum tahun 2008, terutamanya apabila berhadapan dengan media arus perdana atau media tradisional yang seringkali dikaitkan dan ditapis oleh Kerajaan. Pilihanraya ini adalah titik tolak perubahan politik di Malaysia, dan mengubah harapan/jangkaan pengundi dan ahli politik. Berbeza keadaannya di Australia, ahli politik dan rakyatnya, yang memiliki demokrasi yang matang dan maju dan media arus perdana yang bebas dan terbuka secara umunya, kurang menggunakan media baharu.

Kajian untuk laporan ini telah mengambil tempat di Australia dan Malaysia dan laporan akhir ini sedang disempurnakan. Setelah muktamad, laporan ini akan diterbitkan di laman web. Laporan akhir juga akan boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu.

Wawancara

Dalam melaksanakan projek kajian ini, kumpulan projek ini akan menemubual wartawan terkenal, para blogger, para editor dan ahli-ahli politik serta penggubal polisi dan pegawai rasmi. Wawancara ini akan diadakan di Australia dan juga di Malaysia, dengan salinan tulisan dan rakaman video wawancara tersebut diletakkan di laman web sebaik sahaja ianya dapat dilakukan. Sebaik mungkin, salinan tulisan tersebut akan di terjemahkan kepada Bahasa Melayu.

| Kumpulan Projek | Hubungi Kami | ©2010 Paradigm Infinitum