Kumpulan Projek
Mr CHAN Wai Kiong, CEO dan Perunding Kanan
Kiong mempunyai pengalaman penting berkaitan kepimpinan (leadership) dan perkembangan pengurusan (management development) dalam perkhidmatan awam. Tambahan pula, beliau telah mereka, memperkembangkan dan menganjurkan beberapa khursus dalam bidang pengurusan, kepimpinan, perniagaan, pendidikan antarabangsa dan strategi. Kiong telah mengajar khursus dari peringkat Sijil, peringkat Diploma hingga ke peringkat Sarjana Muda. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kiong telah memainkan peranan sebagai ‘Senior Human Resource Development Professional’ didalam organisasi kerajaan yang besar (12,000 pekerja) di Australia. Pada tahun 2002, program perkembangan kepimpinan yang dijalankan oleh beliau telah mendapat pengiktirafan ‘the State Gold Award for Excellence in Corporate and Support Services’ didalam jabatan kerajaan. Kiong telah melatih ramai penjawat awam dari seluruh Australia dan dari New Zealand, Taiwan, China, Hong Kong, Thailand, the Cook Island dan Fiji. Pada tahun 2005, Kiong telah mempengerusikan kajian semula kesemua pembangunan sumber manusia dan latihan di dalam sebuah jabatan kerajaan yang besar di Australia, sebagai reaksi terhadap dua laporan kerajaan dan terlibat dalam pembangunan lebih 30 produk pendidikan dan latihan yang berbeza. Kiong boleh berinteraksi dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Teochew Chinese, Hokkien (Taiwanese), Kantonis dan asas Mandarin. Kiong mendapat pendidikan di Australia dan kelulusan beliau termasuk Certificate IV in Workplace Assessment, Bachelor of Business, Graduate Diploma in Adult and Vocational Education, Master of E-Commerce and Master of Business Administration (MBA). Kiong menyandang jawatan Presiden di the Australia Malaysia Business Council (Qld).
Ms Shona Leppanen-Gibson, Pengurus Besar dan Perunding Kanan
Shona mempunyai pengalaman meluas dalam bidang pemasaran, hubungan awam, pengurusan media, kerajaan, e-perdagangan, strategi, perancangan dan pendidikan dan latihan. Beliau pernah berkhidmat untuk kerajaan Australia dan beberapa universiti dan istitusi pendidikan serta sebagai klien dalam sektor kerajaan dan swasta. Shona pernah melatih ramai penjawat awam dalam bidang kepimpinan dan pengurusan. Shona pernah mengkaji dan menulis beberapa ucapan dalam parlimen, menguruskan kempen pemasaran dengan jayanya, merancang dan menguruskan acara-acara penting dan menulis banyak rencana untuk akhbar dan siaran media merangkumi topik yang meluas antaranya topik ekonomi, hubungan antarabangsa,kerajaan, perniagaan dan industri dan masyarakat. Shona mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Asia dan hubungan antarabangsa dan kini memegang jawatan Senior Vice President of the Australia Malaysia Business Council (Qld). Shona sering menjelajah ke Asia dan pengetahuan beliau tentang budaya Asia dan suasana politik dan ekonomi Asia menjadi faktor utama beliau sering dijemput untuk memberi taklimat kepada para Diplomat Kanan Australia dan pegawai rasmi kerajaan Australia yang ditugaskan untuk ke luar Negara. Shona mendapat pendidikan awal di Australia dan pernah memenangi beberapa biasiswa, anugerah akademik dan anugerah penulisan. Beliau memegang Bachelor of Arts (Media) with First Class Honours, dan Master of Electronic Commerce.
Mr Thanarajah Vicknaraj (Raj), Ahli Kumpulan
Raj mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang komersial dan undang-undang litigasi di Malaysia dan Australia. Beliau telah di terima sebagai Peguambela dan Peguamcara di Malaysia dan Peguamcara di England dan Wales. Sebelum menyertai firma ini, beliau telah berkhidmat sebagai Peguamcara di Abdul Rahman Saad & Associated (ARSA), sebuah firma di ibukota Kuala Lumpur dimana beliau lebih menfokuskan kepada perbankan, syarikat, isu teknologi maklumat (IT) and harta intelek (IP) yang merangkumi kerja-kerja domestik dan merentas sempadan. Kerja-kerja merentas sempadan telah membolehkan beliau untuk bekerja untuk projek-projek di Arab Saudi, Iran, Indonesia, Hong Kong, India dan Thailand. Beliau juga bekerja sebagai perunding undang-undang di sebuah firma guaman Cooper Grace & Ward dalam isu Korporat dan Komersial menjurus kepada teknologi maklumat (IT) dan harta intelek (IP). Raj juga berpengalaman di dalam bidang berikut : Judicial Review in Communication & Media Industry, Advisory, Negotiation in E-commerce & Information Communication Technology Contracting, IP Commercialisation Corporate Transactions (Joint Ventures, Share Sale), Advisory Government & Policy (Strategic Management of Intellectual Property, E-Government, Information Security, Privacy & Data Protection). Beliau juga adalah pengarang bersama dan salah seorang panel pengarang untuk Abdul Raman Saad (Ed) Personal Data & Privacy Protection, LexisNexis Malayan Law Journal, 2005, ISBN 967-962-654-7 dan salah seorang panel pemberita dan wartawan negeri di Malaysia bagi Law Business International Newsletter; diterbitkan oleh Privacy Law & Business, United Kingdom. Raj telah menjalankan kajian yang meluas tentang Perbandingan Hak Perlembagaan di Malaysia dan Australia. Raj telah mendapat pendidikan di Malaysia dan berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang Kepujian Kelas Kedua Atas (Bachelor of Laws with Second Upper Honours) dari the Anglia Ruskin University di United Kingdom, Sarjana Undang-Undang dari Unibersiti Malaya dan Sarjana Khas Undang-Undang Elektronik dari University of Melbourne, Australia. Raj boleh bertutur dalam bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Hokkien, Kantonis dan Tamil.



