Din Merican
Blogger (The Malaysian DJ Blogger) dan seorang individu korporat yang terkenal
Biography:
Din Merican berkhidmat dalam badan kerajaan sebagai Pegawai Perkhidmatan Asing dan di Bank Negara. Beliau kemudiannya bekerja sebagai pegawai korporat dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Sejak tahun 2002, Din adalah merupakan Profesor Jemputan (Global Strategy) di University of Cambodia. Beliau juga adalah ahli dalam Lembaga Penasihat di University’s Asia Economic Forum, dan sejak tahun 1996, berkhidmat sebagai Senior Research Fellow di Cambodian Institute of Cooperation and Peace yang berpusat di Phnom Penh.
Din mendapat pendidikan lanjutan dari Universiti Malaya, dan pendidikan lepasan ijazah di George Washington School of Business, The George Washington University, Washington D.C kedua-duanya dari biasiswa Kerajaan Negeri Kedah dan Bank Negara Malaysia. Din juga pernah mendapat pendidikan dari INSEAD, Fontainebleau, France pada tahun 1989 semasa bekerja di Sime Darby.
Terkini, Din adalah perunding untuk Projek Penang Halal Hub dan adalah merupakan Pengarah Bebas Bina Darulaman Berhad, sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Blog popular beliau “the Malaysian DJ Blogger”menawarkan komentar politik; walaupun Din Merican pernah pada suatu ketika bersama Parti Keadilan Rakyat, beliau kini adalah seorang kometator bebas.
Suntingan wawancara bersama Din Merican
Rakaman ini masih dalam peringkat pasca-produksi. Versi akhir rakaman ini akan di muat-naik ke YouTube dan boleh di dapati melalui laman web ini.
Transkrip: Wawancara bersama Din Merican (Bahasa Inggeris)
Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.



