Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat

Kajian perbandingan media baharu, politik dan penglibatan rakyat

Click here for English

Dibiayai oleh:

Mewawancara Yang Berhormat Khairy Jamaluddin

(Khairy Jamaluddin Abu Bakar), Ahli Parlimen Rembau dan Presiden Pemuda UMNO (www.rembau.net.my)

Biography:

Khairy Jamaluddin adalah seorang ahli muda dan berkuasa dalam Barisan Nasional. Beliau juga adalah Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan ketua Pemuda UMNO. Beliau telah menjadi Ahli Parlimen di bahagian Rembau semenjak tahun 2008, dimana beliau telah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan sengit dan pengiraan undi yang kontroversi. Ia dilaporkan secara meluas dalam media Malaysia bahawa diakhir pengiraan undi, pencabar Khairy, blogger ‘Chegu Bard’ telah menang dengan majority 144 undi, dan Khairy telah meminta untuk undi itu dikira semula dan berakhir dengan kemenangan besar dipihaknya dengan kelebihan 5000 undi.

Sebelum pemilihannya, beliau pekerja sebagai penyampai berita televisyen, wartawan dan bekerja dibawah Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Abdullah Badawi, yang akhirnya menjadi Perdana Menteri. Khairy berkahwin dengan Nori Abdullah, anak perempuan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi. Mereka dikurniakan dua cahayamata.

Dilahirkan di Kuwait kepada pasangan ibubapa warga Malaysia, Khairy menerima pendidikan menengah beliau dari sebuah sekolah swasta di Singapura. Allayarham bapanya adalah merupakan seorang penjawat awam di Kementerian Luar Negeri, bersara sebagai Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom. Khairy mendapat IjazahSsarjana Muda dari Oxford dan Ijazah Sarjana dari Universiti College London.

Kebangkitan mendadak beliau untuk berkuasa semasa dibawah teraju kepimpinan bapa mertuanya menarik anggapan dan perhatian ramai pengulas dan pihak media, yang menjangkakan bahawa beliau bakal menjadi seorang pemimpin kanan. Pada ketika ini, Khairy telah dipilih sebagai ‘Young Global Leader’ oleh ‘World Economic Forum’ di Davos, Switzerland. Beliau pernah menulis untuk beberapa nama-nama besar dalam dunia penerbitan seperti ‘The Ekonomist’,’ Time’ dan’ The Wall Street Journal’.

Khairy terkenal kerana menawan sokongan belia dikalangan ahli parti. Beliau antara ‘orang penting’ dalam menyediakan pusat tuisyen percuma dan program latihan untuk pelajar, dan terlibat dalam satu program reality berkaitan bola sepak. Khairy juga adalah seorang pengguna Facebook, Twitter, dan sering berhubung dengan penyokong dan peminatnya menggunakan aplikasi Media Baharu ini. Pada tahun 2006, Khairy memimpin sekumpulan belia Muslim dari kedua-dua pihak politik ke jalan raya membantah kunjungan Setiausaha Amerika Syarikat, Condoleezza Rice.

Pada Ogos 2008, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia menghalang capaian kepada laman popular Malaysia Today. Akhbar The Star melaporkan Khairy mengeluarkan kenyataan membantah tindakan itu, beliau menyatakan tindakan tersebut sebagai “penyalahgunaan kuasa negeri yang kasar dan tidak berselindung” dan “tidak konsisten dengan langkah untuk memperluaskan ruang demokratik”. Khairy juga mengatakan bahawa langkah tersebut hanya akan menjauhkan pengundi belia dari parti pemerintah, dan bertentangan dengan draf undang-undang jaminan Koridor Raya Multimedia – draf undang-undang yang terdiri dari 10 perkara yang juga memperuntukkan tiada penapisan internet.

Mewawancara YB Khairy Jamaluddin, 1 Julai 2009

 

Transkrip: YB Khairy Jamaluddin (Bahasa Inggeris)

Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.

Klik di sini - pdf

 

| Kumpulan Projek | Hubungi Kami | ©2010 Paradigm Infinitum