Tun Dr Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Presiden Kehormat Perdana Leadership Foundation dan blogger (“Che Det”)
Biography:
Tun Dr Mahathir adalah seorang ikon dalam politik Malaysia. Seorang pengamal perubatan yang dihormati dan disayangi, Tun Dr Mahathir adalah jaguh Melayu yang hidup dalam kepapaan dikawasan pedalaman dinegeri kelahirannya, Kedah. Selepas bukunya yang bertajuk ‘The Malay Dilemma’ diterbitkan, Tun Dr. Mahathir menjadi tahanan politik. Akhirnya beliau memperbaiki dirinya, dan dengan bakat dan ketabahan beliau, beliau terus mendaki tangga kejayaan dibidang politik. Akhirnya beliau menjadi Perdana Menteri.
Sebagai Perdana Menteri selama lebih dua puluh tahun (1081 hingga 2003), beliau memimpin Malaysia menjadi kuasa besar ekonomi dan mendukung Malaysia menjadi pusat janakuasa teknologi dan industri di Asia Tenggara. Semasa tempoh pemerintahannya, beliau mengetuai projek infrastruktur besar yang meletakkan Malaysia di mata dunia antaranya Lapangan Terbang Antarbangsan Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Menara Berkembar Petronas. Tun Dr. Mahathir bersama Malaysia melalui krisis ekonomi Asia pada tahun 1997, menolak nasihat dari IMF dan Bank Dunia, namun berjaya membimbing Malaysia mengharungi waktu sukar, menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang paling cepat pulih dari krisis ekonomi dunia.
Legasi Tun Dr Mahathir yang berkontroversi, termasuk pemecatan dan akhirnya pendakwaan timbalannya, Anwar Ibrahim atas dakwaan liwat, dan dakwaan campurtangan dengan process kehakiman dan kebebasan badan kehakiman. Ada yang mengkritik polisi beliau yang dilihat mengawal media dan perselisihan, penggunaan undang-undang ISA untuk menahan pihak lawan dan pembahagian kaum yang banyak berkembang ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Beliau juga mempunyai satu pendekatan kontroversi terhadap perhubungan antarabangsa, bertengkar dengan beberapa negara barat dan pemimpin mereka, serta juga membentuk suatu gaya kepimpinan yang dihormati dikalangan negara maju dan dikalangan majority negara Islam.
Visi Tun Dr.Mahathir untuk meletakkan nama Malaysia di ‘peta dunia’ secara umumnya diterima dan diakui. Sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mempengerusikan beberapa projek mega yang menarik perhatian media antarabangsa.
Seorang yang sangat berwawasan, Tun Dr. Mahathir menjamin untuk menentang penapisan interner, suatu keputusan yang dibuat untuk menarik pelabur asing untuk melabur keatas Koridor Raya Multimedia (MSC) dan membantu mendorong Malaysia kearah era informasi. Terima Kasih kepada visi Tun Dr. Mahathir, hari ini, Malaysia menikmati kebebasan internet, dan Malaysia boleh dikatakan antara pengguna media baharu paling maju dalam politik.
Semenjak bersara dari politik, Tun Dr. Mahathir masih mengekalkan peranan kepimpinan yang penting di Malaysia dan masih dikagumi oleh ramai rakyat Malaysia. Tun Dr. Mahathir adalah merupakan Presiden Kehormat Perdana Leadership Foundation, didedikasikan untuk memelihara kebijaksanaan Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu. Beliau mula menulis blog pada Mei 2008 menggunakan nama pena ‘Che Det’, yang membolehkan beliau terus dapat membabitkan diri dengan perdebatan politik, budaya dan sosial di Malaysia, dan beliau setakat ini telah menerima kunjungan lebih 20 juta orang.
Suntingan wawancara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, 22 Jun 2009
Transkrip: Wawancara bersamaTun Dr Mahathir Mohamad (Bahasa Inggeris)
Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.



