Ragunath Kesavan
Presiden Majlis Peguam Malaysia
Biography:
Ragunath Kesavan telah dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia pada Mac 2009. Ragunath seorang Presiden Majlis Peguam Malaysia berani dan sangat dihormati dan meneruskan tugas penting Majlis dalam isu keadilan.
Majlis Peguam Malaysia adalah sebuah badan professional yang mengatur profesion peguam di Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, tidak ada perbezaan diantara peguambela dan peguamcara, dan oleh itu, ianya adalah profesion terlakur. Keahlian dalam Persatuan Peguam adalah secara automatic dan wajib. Persatuan Peguam diwujudkan dibawah Akta Profesion Guaman 1976. Seperti juga persatuan peguam lain didunia ini, ia mempunyai fungsi yang sangat meluas, termasuk melindungi reputasi profesion guaman, untuk menegakkan keadilan, untuk meluahkan pandangan berkaitan undang-undang dan lain-lain. Persatuan Peguam juga berkuasa untuk mengambil tindakan keatas peguam yang terlibat dengan salahlaku profesional.
Pengurusan hal ehwal Persatuan Peguam adalah dibawah tanggungjawab Majlis Peguam. Majlis Peguam adalah terdiri daripada presiden dan naib presiden Persatuan Peguam Malaysia yang terdahulu, pengerusi dan ahli yang dipilih sebagai ahli komiti persatuan peguam negeri dan ahli lain yang dipilih.
Majlis Peguam Malaysia adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang dihormati yang telah bergiat aktif dalam dasar aktivis. Ia mengadakan kempen untuk hak asasi manusia, kebebasan agama, hak asasi wanita dan mengambil maklum beberapa isu penting seperti kematian semasa dalam tahanan kerajaan, rasuah, perkosaan kanak-kanak sekolah dari suku kaum penan oleh beberapa individu yang terlibat dengan industri pembalakan di Borneo Malaysia, dan menginstitusikan perkauman dan diskriminasi.
Suntingan wawancara bersama Ragunath Kesavan
Rakaman ini masih dalam peringkat pasca-produksi. Versi akhir rakaman ini akan di muat-naik ke YouTube dan boleh di dapati melalui laman web ini.
Transkrip: Wawancara bersama Ragunath Kesavan (Bahasa Inggeris)
Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.



