Rocky Bru
(Ahirudin bin Atan) Blogger (Rocky's Bru), Editor di the Malay Mail, Presiden the National Press Club dan Presiden the National Alliance of Bloggers
Biography:
Ahiruddin Bin Atan, juga dikenali sebagai Rocky Bru, Ahirudin adalah seorang blogger Malaysia, wartawan dan bekas pengarang bagi beberapa penerbitan dari New Straits Times Press (NSTP), termasuk The Business Times, The Malay Mail dan the Sunday Mail. Beliau kini menulis di blog yang dinamakan Rocky’s Bru dan menetap di Kuala Lumpur.
Pada 13 Februari 2006, Ahirudin meletakkan jawatan pengarangnya kerana akhbar tersebut telah diperbaharui untuk menarik minat golongan pembaca yang lebih muda. Ahirudin meninggalkan New Stratis Times Press pada Mei 2006, ditengah-tengah spekulasi yang antara lainnya termasuk “pertembungan dengan ketua yang mengepalai oraganisasi itu”, Ahirudin telah berkhidmat dengan NSTP selama 21 tahun.
Pada bulan Mei 2006, Ahiruddin memulakan Rocky’s Bru, blog yang berasaskan Blogger.com yang menumpukan kewartawanan, media massa dan politik. Blog kepunyaan Ahirudin telah menarik perhatian NSTP sehingga ianya disekat capaiannya dari semua pejabat dan cawangan NSTP seluruh negara dalam tempoh dua minggu selepas blog itu dicipta, dan telah menyebabkan tindakan saman keatas beliau, disamping blogger Jeff Ooi, pada 11 Januari, 2007 atas tuduhan penyebaran fitnah bertulis. Sehingga Mac 2008, saman tersenut masih dalam proses.
Ahirudin adalah Presiden ‘the National Press Club’ dari tahun 2003 hingga 31 Mac 2007, diambil alih oleh Mokhtar Hussain, yang juga merupakan adiknya dan kekal sebagai pengiklannya sehingga Mac 2009. Beliau kini sekali lagi mempengerusikan ‘the National Press Club’. Beliau juga adalah merupakan Pengarang Penasihat dan kolumnis.
Kini Ahirudin adalah Pengarang di sebuah akhbar arus perdana The Malay Mail, Presiden ‘the National Press Club’ dan Presiden Protem bagi ‘the National Alliance of Bloggers’.
Suntingan wawancara bersama Rocky Bru
Rakaman ini masih dalam peringkat pasca-produksi. Versi akhir rakaman ini akan di muat-naik ke YouTube dan boleh di dapati melalui laman web ini.
Transkrip: Wawancara bersama Rocky Bru (Bahasa Inggeris)
Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.



