Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat

Kajian perbandingan media baharu, politik dan penglibatan rakyat

Click here for English

Dibiayai oleh:

Yang Berhormat Jeff Ooi

(OOI Chuan Aun) juga seorang blogger terkenal (Screenshots) dan Ahli Parlimen Jelutong (Penang)

Biography:

Jeff Ooi adalah seorang Ahli Parlimen untuk pengundi di kawasan Jelutong. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada RMIT Universiti, khusus dalam pengurusan antarabangsa. Terdahulu, beliau merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan (dengan kepujian) dalam kesusasteraan dan sains politik dari USM, Pulau Pinang.

Jeff adalah seorang ‘speaker’ yang sering ‘dicari’ di ruang Internet antarabangsa dalam ruangan seperti New Media, Freedom of Expression, State-sponsored Internet Filteration, dan Free and Open Source Software. Semenjak tahun 2004, beliau pernah berucap di Amerika Syarikat, Netherlands, United Kingdon, Tunisia, India, Singapura, Cambodia, Filipina dan di seluruh Malaysia. Beliau merupakan perintis e-komuniti pada tahun 1999 (www.usj.com.my ) dan blog sosial-politik di Malaysia pada tahun 2003.

Dalam tahun 2001-2002, Jeff adalah merupakan ahli pengasas forum ‘Communications and Multimedia Content’ dan setiausaha untuk forum ‘Communications and Multimedia Consumer’, dua badan yang bertanggungjawab merangka kod industri dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sebelum menjadi ahli dewan rakyat, Jeff adalah seorang perunding Internet dan Media Baharu. Beliau menulis dua kali sebulan dalam ruangan berkaitan K-ekonomi dalam sebuah majalah ‘Malaysian Business’, dari tahun 2001-2006 dan mem-blog di ruangan CNet Asia dalam Internet dan Elektronik pengguna, selain menjadi pemerhati Internet dengan rangkaian FRANCE24 TV. Beliau menerbitkan buku pertamanya pada tahun 2008, bertajuk ‘i-Witness’, yang menfokus kepada pengetahuan berasaskan ekonomi dan teknologi yang mendorong perubahan dalam dunia perniagaan.

Blog milik Jeff Ooi dianggap sebagai Blog paling berpengaruh di Malaysia (Malaysia’s Most Influential Blog) oleh Malaysiakini, penerbitan berita atas talian tempatan paling popular. Diantara 6 Mac hingga 10Mac, 2006, Ooi mendakwa bahawa jumlah data yang dimuat turun oleh pengunjung ke blog beliau adalah 50.58 gigabytes. Beliau juga adalah perintis dalam dunia ‘blog’ di Malaysia. Pada Jun 2005, blog beliau ( www.jeffooi.com juga dikenali sebagai Screenchots) telah diundi oleh Reporters Without Borders (RSF) yang berpusat di Paris sebagai pemenang anugerah Freedom Blogs Asia.

Jeff Ooi juga menguruskan forum fotografi bernama Lensa Malaysia, yang menerima 200,000 gambar laman setiap bulan. Beliau juga merupakan pengasas dan pengurus forum komuniti penduduk USJ dan Subang Jaya, usj.com.my dan dilantik oleh CNET Asia sebagai ‘tech blogger’ bersama blogger CNET Asia yang lain. Blog CNET Asia miliknya diberi nama ‘ Lemak Lemang’, satu sajian beras pulut yang dibakar didalam buluh bersama santan yang disediakan secara tradisional di Malaysia.

Jeff bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008 dan telah dipilih secara demokratik sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Jelutong, Pulau Pinang, apabila beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional dengan majority besar.

Jeff telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam Invest-in-Penang Berhad (InvestPenang), sebuah agensi milik kerajaan negeri yang ditubuhkan untuk menggalakkan pelaburan antarabangsa dan domestic. Beliau juga merupakan penggerak penting dalam projek Wireless@Penang yang dilancarkan pada tahun 2008. Dalam kerja sosial, Jeff adalah merupakan pengarah di ‘the Centre for Policy Initiatives’, sebuah kumpulan-pemikir (think tank) untuk masyarakat awam, bersama Dr Lim Teik Ghee dan Dr Azly Rahman.

Suntingan wawancara bersama YB Jeff Ooi

Rakaman ini masih dalam peringkat pasca-produksi. Versi akhir rakaman ini akan di muat-naik ke YouTube dan boleh di dapati melalui laman web ini.

Transkrip: Wawancara bersama YB Jeff Ooi

Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.

Klik di sini - pdf.

 

| Kumpulan Projek | Hubungi Kami | ©2010 Paradigm Infinitum