Yang Berhormat Tian Chua
(CHUA Tian Chang) Ahli Parlimen Kawasan Batu (Kuala Lumpur) dan Ketua Hal Ehwal untuk Parti Keadilan yang juga seorang blogger terkenal
Biography:
Tian Chua adalah ketua strategi Parti Keadilan Rakyat, dan salah seorang daripada rakan politik lama ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.Tian Chua adalah seorang activis sosial yang mendapat pendidikan di Australia dan Belanda, bekas pemimpin pelajar di Australia, sering menjadi tahanan, bekas tahanan politik, blogger terkenal dan ahli politik kanan Malaysia, dan Ahli Parlimen kawasan Batu. telah memiliki kerjaya politik kontroversi dan tinggi profil, memanfaatkan blogging dan media baru yang lain untuk mendapatkan mesej ke luar, ia juga meletakkan keselamatan peribadinya sendiri pada baris untuk menerbitkan dan membina simpati untuk penyebab PKR.
Sementara belajar di Australia, Tian Chua adalah seorang pemimpin mahasiswa yang aktif dalam gerakan mahasiswa di bawah Network of Overseas Student Collectives (NOSCA) dan Left Alliance. Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1990, beliau menyertai sebuah organisasi hak asasi manusia terkenal di Malaysia SUARAM dalam kempennya menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act ‘ISA’). Beliau juga mulai melibatkan diri dengan gerakan buruh diMalaysia Pada tahun 1992, beliau menyertai ‘Asia Monitor Resource Centre’ (AMRC) yang berpusat di Hong Kong, sebuah NGO kajian buruh. .
Sesudah tamat kontrak beliau di Hong Kong, beliau meneruskan pengajian di Institute of Social Studies (ISS) di The Hague, the Netherlands. Beliau lulus dengan M.A dalam jurusan ‘Employment & Labour Studies’. Tian sekali lagi pulang ke tanahair pada tahun 1996 dan terus aktif sebagai aktivis sosial. Pada tahun 1997, Tian dilantik sebagai Pengarah ‘Labour Resource Centre’ (LRC). Pusat ini ditubuhkan pada tahun 1990 oleh ahli kesatuan perdagangan dan aktivis buruh. Beliau juga ahli lembaga SUARAM.
Sebagai penggiat hak asasi manusia, TIan berjuang untuk hak dan kebajikan pekerja asing Filipina (OFWs) di Malaysia dan di negara lain dimana beliau pernah berada. Pada tahun 1997, beliau membantu Marie Fe Ocampo, seorang pembantu rumah di Malaysia yang mendakwa dirinya diperkosa oleh Duta Croatia Kresimir Znidaric. Tian membantu menubuhkan ‘Justice for Marie Fe Ocampo Solidarity Community’ yang memperjuangkan hak Ocampo untuk kekal berada di Malaysia supaya dapat menuntut keadilan.
Pada tahun 1998, SUARAM memulakan forum yang melibatkan NGO dan parti pembangkang yang dikenali sebagai Gagasan Demokrasi Rakyat Malaysia. Forum tersenbut dirasmikan ketika era Anwar Ibrahim dan Reformasi. Tian telah dilantik untuk mempengerusikan gerakan tersebut.
Pada tahun 1999, Tian Chua telah dijemput untuk menyertai Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan dan diketuai oleh Dr. Wan Azizah. Beliau kemudiannya telah dipilih sebagai Timbalan Presiden Nasional. Pada April 2001, Tian dan beberapa rakan telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA, yang membolehkan kerajaan Malaysia menahan seseorang tanpa perbicaraan).
Dari tahun 2001 hingga 2003, Tian Chua menghabiskan masa dua tahun sebagai tahanan politik. Ditangkap oleh polis, kehilangan Tian menyebabkan keluarganya melancarkan usaha mencari beliau. Selama dua bulan, Tian Chua ditahan tanpa dapat menghubungi keluarga,peguam atau doktor di rumah pemerhati polis di Kampung Baru, KL. Beliau dikurung sendirian, dan kemudian dikunci di dalam sebuah sel tidak bertingkap di tingkat bawah tanah selama 24jam dalam keadaan gelap. Dalam sebuah temuramah selepas pembebasannya, Tian Chua berkata “dikurung sendirian adalah saat yang paling menyeksakan. Saya sangat terseksa. Saya di gari dan penglihatan saya ditutup setiap kali saya dibawa meninggalkan sel. Saya hanya dapat mendengar suara orang lain, tetapi tidak dapat melihat mereka. Pengasingan itu sangat teruk hingga menyebabkan saya berharap agar saya segera disoal siasat.”
Dakwaan dipukul, kekurangan zat makanan dan pengasingan menjejaskan beliau. Pada tahun 2001, suatu dokumen ‘Amnesty International’ melaporkan bahawa Tian Chua nampak ‘tidak sihat’ dan tidak dapat berjalan dengan baik.
Pada tahun 2004, KeADILan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan membentuk Parti Keadilan Rakyat. Tian berkhidmat sebagai ketua informasi sebelum menjadi ketua strategis baru-baru ini.
Semenjak tahun 2004, Tian Chua menguruskan sebuah pusat khidmat masyarakat yang sangat sibuk di Sentul, pusat pengundi kawasan Batu. Kawasan Batu adalah sebuah kawasan dengan pengundi dari golongan sosio-ekonomi yang rendah di Kuala Lumpur, dimana beliau mengekalkaan popularitinya. Pada 8 Mac 2008, Tian Chua menewaskan calon Barisan Nasional untuk kerusi bahagian Batu dengan majority undi yang sangat besar. Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ahli Parlimen Batu kini belum tentu.
Pada tahun 2007, kereta milik Tian Chua telah dihalang dari memasuki kawasan parlimen untuk menyerahkan satu petisyen. Tidak asing dengan serangan fizikal, Tian Chua diheret keluar oleh pihak polis. Melalui satu rakaman penuh media, seorang pegawai polis menumbuk muka Tian Chua beberapa kali semasa beliau diheret keluar. Beberapa pindah catat terhadap sedutan insiden itu boleh didapati di YouTube. Pegawai polis yang meyerang Tian Chua tidak langsung didakwa di mahkamah, sebaliknya Tian Chua didakwa memukul polis dan pada 22 Oktober 2009, Tian Chua disabitkan bersalah. Magistrate Mohd Faizi Che Abu menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda sebanyak RM3000 tetapi membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan beliau di Mahkamah Tinggi. Majistrate terbabit mengakui bahawa insiden serangan seperti yang didakwa tidak pernah dirakamkan. Perkara ini dinyatakan walaupun dengan kehadiran puluhan wartawan, jurugambar dan krew kamera semasa Tian Chua ditahan dan dipukul diluar Parlimen Malaysia, namun, Tian Chua tetap didapati bersalah.
Oleh kerana beliau jarang sekali mendapat pengampunan, hukuman tersebut barangkali akan dijalankan. Jika ini berlaku, Tian Chua akan kehilangan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen bahagian Batu kerana majistrate yang terlibat didapati mengenakan saman lebih daripada RM2000. Menurut laporan blog terkini, lapan orang ahli parlimen pihak pembangkang lain yang bakal berdepan nasib yang sama atas tuduhan ‘berhimpun tanpa kebenaran’ dalam perhimpunan Bersih yang menentang rasuah dan mungkin mereka ini akan digugurkan dari kerusi yang dimenangi mereka semasa pilihanraya yang lalu. Di Malaysia, sebarang perhimpunan yang melibatkan lebih dari lima orang di mana-mana kawasan awam secara rasminya perlu mendapatkan permit dari pihak polis, dan jika gagal, mereka yang terlibat akan dikenakan denda sehingga RM10,000 dan setahun penjara.Suntingan wawancara bersama YB Tian Chua
Rakaman ini masih dalam peringkat pasca-produksi. Versi akhir rakaman ini akan di muat-naik ke YouTube dan boleh di dapati melalui laman web ini.
Transkrip: Wawancara bersama YB Tian Chua (Bahasa Inggeris)
Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.



