Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat

Kajian perbandingan media baharu, politik dan penglibatan rakyat

Click here for English

Dibiayai oleh:

Datuk Ahmad Talib

Pengarah Eksekutif –Berita di Media Prima Berhad

Biography:

Datuk Ahmad Talib memulakan kerjayanya dibidang kewartawanan sebagai seorang wartawan di ‘the Economic Server’ di BERNAMA pada tahun 1972, sebelum menyertai Business Times (Malaysia) Sdn Bhd pada tahun 1978. Pada tahun 1985, beliau menyertai Berita Harian Sdn Bhd sebagai Pengarang Berita Ekonomi sebelum dilantik kejawatan Penolong Pengarang. Pada tahun 1987, Ahmad Talib menyertai NSTP sebagai Pengarang Berita, News Straits Times (NST) / New Sunday Times. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Berita, NST; Pemangku Pengarang , Business Times; Pengarang Bersekutu, NST; dan Penolong Pengarang Kumpulan, NST; sebelum dilantik sebagai Pengarang Kumpulan, NST pada tahun 1998. Selepas berkhidmat dengan hebat dalam jawatannya selama enam tahun, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar Kumpulan, Komunikasi dan Pemasaran Editorial pada tahun 2004, sebelum memilih untuk bersara awal dari Kumpulan NST pada tahun 2005.

Pada bulan Jun 2009, Media Prima Berhad (MPB) dan The New Straits Times Press (Malaysia) berhad (NSTP) secara bersama mengumumkan perlantikan Dato’ Ahmad Bin Abd Talib sebagai Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial yang baru bagi MPB dan juga Pengarah Eksekutif, Editorial NSTP. Dato’ Ahmas juga dilantik sebagai Ahli Lembaga MPB dan NSTP pada Julai 2009. Dato’ Ahmad Talib bertanggungjawab keatas keseluruhan operasi berita dan editorial untuk MPB dan NSTP.

Media Prima Berhad (Media Prima) adalah kumpulan pelaburan media bersepadu yang utama di Malaysia dengan kepentingan dalam penyiarannya (tv dan radio), atas talian, penciptaan papan iklan, media cetak dan pengurusan majlis. Ia memiliki empat ‘Free To Air’ (FTA) TV3, ntv7, 8TV dan TV9, dengan jumlan penonton sebanyak 50% dan 90% perbelanjaan pengiklanan FTA di Malaysia. Ia juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM. Pembabitan Media Prima dalam lapangan media baharu termasuk portal atas talian, gua.com.my pada 11 September 2007. Portal atas talian ini penyediakan pengguna internet dengan berita terkini dalam dunia hiburan, di dalam negara dan juga antarabangsa dan telah mencapai 1 juta kunjungan pada bulan pertama ianya beroperasi.

Suntingan wawancara bersama Datuk Ahmad Talib

Rakaman ini masih dalam peringkat pasca-produksi. Versi akhir rakaman ini akan di muat-naik ke YouTube dan boleh di dapati melalui laman web ini.

Transkrip: Wawancara bersama Datuk Ahmad Talib (Bahasa Inggeris)

Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.

Klik di sini - pdf

 

| Project Team | Contact Us | ©2010 Paradigm Infinitum