Media Baharu dan Rakyat Bermaklumat

Kajian perbandingan media baharu, politik dan penglibatan rakyat

Click here for English

Dibiayai oleh:

Datuk A. Kadir Jasin

Ketua Editor Berita Publishing dan juga seorang blogger terkenal (The Scribe)

Biography:

Datuk A.Kadir Jasin dilahirkan di Kampung Tanah Merah, Pendang, Kedah dalam sebuah keluarga yang berada. Pada tahun 1971, beliau memenangi biasiswa Colombo Plan untuk melanjutkan pelajaran ke the Wellington Polytechnic, New Zealand dalam bidang kewartawanan. Beberapa tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1977, beliau dihantar ke Berlin International Institute of Journalism untuk mengambil khursus ‘Advance Journalism’.

Kerjaya beliau sebagai seorang wartawan bermula sejak tahun 1969 dan kini merupakan Ketua Pengarang syarikat penerbitan majalah, Berita Publishing Sdn. Bhd. Beliau adalah Pengarang Kumpulan NST Sdn Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP diantara tahun 1988 dan 2000. Pada 31 Mei 2000, selepas berkhidmat selama 25 tahun dalam bidang kewartawanan, beliau mengambil keputusan untuk bersara. Sepanjang berkhidmat, beliau menerima beberapa anugerah dan surat penghargaan daripada dalam dan luar negara. Pada tahun 1995, beliau dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Duli yang Mulia Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Pada tahun 1988, beliau menerima ‘Honorary Doctorate of Letters’ daripada Universiti Sains Malaysia sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang kewartawanan dan juga kejayaan beliau dalam menerbitkan buku berjudul OTHER THOTS. Pada tahun 1978, Datuk A.Kadir Jasin menerima anugerah ‘EDITOR OF THE YEAR’ untuk Asia daripada Mutsubishi Press Foundation. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi BERNAMA, tempat dimana beliau memulakan kerjaya beliau sebagai seorang wartawan.

Datuk Kadir Jasin menulis dalam ruangan ‘Other Thots’ dalam majalah Malaysian Business dua kali sebulan. Beliau juga merupakan seorang blogger terkenal (The Scribe). Beliau seorang penulis tegar dan hasil tulisannya termasuk: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of An Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damn That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008(Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi – Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) dan Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Suntingan wawancara bersama Datuk A. Kadir Jasin

Rakaman ini masih dalam peringkat pasca-produksi. Versi akhir rakaman ini akan di muat-naik ke YouTube dan boleh di dapati melalui laman web ini.

Transkrip: Wawancara bersama Datuk A. Kadir Jasin (Bahasa Inggeris)

Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.

Klik di sini - pdf

 

| Kumpulan Projek | Hubungi Kami | ©2010 Paradigm Infinitum