Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim
Mantan Ketua Transperancy International Malaysia yang sangat disegani dan kini memegang jawatan Naib-Presiden Democratic Action Party dan juga seorang blogger terkenal
Biography:
Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah antara rakyat Malaysia berintegriti yang unggul. Seorang kerabat diraja Kedah, mempunyai pertalian darah dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman, dan seorang pemimpin korporat dan NGO yang berbakat, Tunku Aziz sangat dihormati di Malaysia dan diluar negara. Beliau memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation Ltd dan kemudian dilantik sebagai penasihat Bank Negara. Selepas itu, beliau beralih semula kepada sector persendirian dengan menyertai Dunlop Malaysia Industries sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Sime Darby Group.
Beliau meninggalkan Malaysia pada tahun 1985 untuk menerima jawatan sebagai pengarah Sekretariat Komanwel di London sebelum pulang semula ke Malaysia pada tahun 1992 berikutan persaraannya.
Tunku Aziz adalah merupakan pengasas bersama dan Presiden ‘Kuala Lumpur Society for Transparency and Integrity, ‘the Malaysian Chapter of Transparency’. Beliau juga adalah Naib Presiden bagi ‘Transparency International’. Beliau dilantik oleh Setiausaha Kehormat ‘United Nations’(UN), Kofi Annan sebagai Penasihat Khas untuk ‘Establishment of the Ethics Office’ di UN.
Pada 23 Ogos 2008, Tunku Aziz menyertai DAP dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti tersebut. Pada 31 Mei 2009, Tunku Aziz mengangkat sumpah sebagai Senator Pulau Pinang dalam Senat. Seorang pejuang menentang perkauman, Tunku Aziz, selama berdekad lamanya menentang pengukuhan menginstitusikan sectarian dan pemisahan, dan secara aktif terlibat dalam usaha untuk membebaskan politik Malaysia dari unsur perkauman. Hari ini, Tunku Aziz adalah sdorang pemimpin kanan politik, blogger dan aktivis sosial yang mengekalkan minat yang mendalam terhadap keadilan dan integrity.
Suntingan wawancara bersama Senator Tunku Aziz
Rakaman ini masih dalam peringkat pasca-produksi. Versi akhir rakaman ini akan di muat-naik ke YouTube dan boleh di dapati melalui laman web ini.
Transkrip: Wawancara bersama Senator Tunku Aziz
Transkripsi wawancara ini telah disediakan dengan amanah dan suntingan yang paling minima untuk tujuan kejelasan sahaja. Semua wawancara dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan transkripsi juga disediakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan ketulusan wawancara yang sebenar.



